HOME  
   
  RECIPES

 
Tetel Masak Asam Tumis

Bahan-bahan :
600 gm daging lembu (tetel)
5 sudu besar minyak
30 biji cili kering
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih 
3 sm kunyit hidup 
2 batang serai
1 1/2 sm lengkuas 
1 sudu besar Asam Jawa Adabi
500 ml air
1 1/2 sudu teh garam
Sedikit Serbuk Perasa MSG Adabi

Cara Memasak :
1. Hiriskan daging, basuh bersih dan toskan dalam tapisan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
3. Masukkan daging dan goreng selama beberapa minit.
4. Masukkan serai, lengkuas dan asam jawa.
5. Biarkan mendidih sehingga 30 minit dan biarkan sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat. Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
 
   
   
 

back

   
   
 
  Home | Contact Us | Faq | Site Map
Copyright © 2000 - 2008 Adabi Consumer Industries Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Click here for Legal/Privacy Policy applicable to this site.