HOME  
   
  RECIPES

 
Rendang Kerang

Bahan-bahan :
2 kg kerang | dibuang kulitnya
2 paket Santan Segera Adabi | dibancuh dengan 2 cawan air suam
10 tangkai cili kering   
6 biji bawang merah  
4 ulas bawang putih       dikisar
1 sm halia 
1 sm lengkuas
3 batang serai dititik 
1 helai daun kunyit | dimayang halus
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar minyak masak
Garam, gula dan Serbuk Perasa MSG Adabi secukupnya

Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau. Kacau rata hingga pecah minyak.
3. Masukkan pula santan dan serai, masak di atas api sederhana hingga kuah pekat.
4. Seterusnya masukkan kerang rebus, kerisik, garam, gula dan perasa secukupnya.
5. Kecilkan api dan terus kacau rendang hingga kuahnya kering.
6. Sebelum angkat, taburkan daun kunyit, kacau rata sebelum diangkat.

 
   
   
 

back

   
   
 
  Home | Contact Us | Faq | Site Map
Copyright © 2000 - 2008 Adabi Consumer Industries Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Click here for Legal/Privacy Policy applicable to this site.