HOME  
   
  RECIPES

 
Rendang Campur

Bahan-bahan :
500 gm campuran hati, paru, dan limpa | dipotong besar
2 paket Perencah Rendang Adabi
2 paket Santan Segera Adabi
1 bunjut Sub Bunjut Adabi
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih      di kisar
8 tangkai cili kering
3 sm halia | di hiris
1 sudu besar kerisik 
1/2 sudu besar Asam Jawa Adabi
2 batang sarai | dititik
2 sudu besar minyak
2 sudu besar bawang goreng 
Garam, gula dan Serbuk Perasa MSG Adabi secukupnya

Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, hirisan halia dan sup bunjut sehingga naik bau.
2. Masukkan perencah rendang dan bawang goreng, kacau seketika.
3. Masukkan campuran hati, paru dan limpa. Gaulkan rata, biarkan hingga bahan ini kecut dan airnya kering.
4. Masukkan asam jawa, serai, kerisik dan santan.
5. Biarkan rendang mendidih, sekali sekala kacau.
6. Apabila kuah pekat masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
7. Kecilkan api, tunggu sehingga rendang kering sebelum dihidangkan.
 
   
   
 

back

   
   
 
  Home | Contact Us | Faq | Site Map
Copyright © 2000 - 2008 Adabi Consumer Industries Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Click here for Legal/Privacy Policy applicable to this site.