HOME  
   
  RECIPES

 
Kerutuk Daging Buku Besar

Bahan-bahan :
500 gm daging batang pinang | dipotong besar
2 paket Rempah Kerutuk Adabi
1 sudu besar kerisik 
6 biji bawang merah  
4 ulas bawang putih      di kisar
3 sm halia 
2 Sub Bunjut Adabi 
2 paket Santan Segera Adabi | dibancuh dengan 2 cawan air suam 
2 sudu besar minyak
1/2 sudu besar Asam Jawa Adabi 
Garam, gula dan Serbuk Perasa MSG Adabi secukupnya

Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, hirisan halia dan sup bunjut sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kerutup, masukkan sedikit air dan kacau hingga pecah minyak. 
3. Masukkan daging, kacau dan biarkan sehingga daging kecut dan kering airnya.
4. Masukkan asam jawa, dan santan yang telah dibancuh dengan sedikit air suam.
5. Biarkan kuah mendidih, sekali sekala kacau.
6. Masukkan kerisik, diikuti gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
7. Setelah kuah pekat dan berminyak angkat dan hidangkan.
 
   
   
 

back

   
   
 
  Home | Contact Us | Faq | Site Map
Copyright © 2000 - 2008 Adabi Consumer Industries Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Click here for Legal/Privacy Policy applicable to this site.