| |
RECIPES
| |
Kari Kepala Ikan
Bahan-bahan :
1 kepala ikan merah (saiz besar)
2 biji tomato | dibelah empat
6 batang kacang bendi
1 tangkai daun kari
2 paket Serbuk Kari Ikan Adabi
2 paket Santan Segera Adabi (bancuh dengan
500 ml air suam)
1 bunjut Sup Bunjut Adabi
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
Sedikit halba campur
3 sudu besar minyak masak
1/2 sudu besar Asam Jawa Adabi
Garam dan Serbuk Perasa MSG Adabi
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak, tumiskan halba campur, bahan
hirisan, sup bunjut dan daun kari sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan
sedikit air, masukkan asam jawa dan santan. Kacau
sehingga mendidih.
3. Akhir sekali masukkan kepala ikan, garam dan
serbuk perasa secukupnya.
4. Setelah ikan masak dan kuah kelihatan berminyak,
angkat dan hidangkan. |
|
 |
|
|