HOME  
   
  RECIPES

 
Masak Asam Pedas Ikan Parang

Bahan-bahan :
5 keping ikan parang (bersaiz sedang)
20 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sm kunyit hidup 
1/2 sm belacan 
1/2 sm halia
1/2 sm teh halba | untuk menumis
2 batang serai
1/2 sm lengkuas
Minyak masak secukupnya
Garam dan Serbuk Perasa MSG Adabi
1 sudu besar Asam Jawa Adabi
4 helai daun limau purut

Cara Memasak :
1. Ikan parang disiang, dipotong dan dicuci bersih.
2. Cili kering digiling halus, masukkan kunyit, halia, bawang merah.
3. Serai dan lengkuas ditumbuk kasar.
4. Panaskan minyak, apabila minyak telah pijar masukkan halba dan bahan-bahan yang telah digiling, serai serta lengkuas dan goreng sehingga terbit minyak.
5. Masukkan asam jawa secukupnya, garam dan serbuk perasa, biar kuah mendidih, kemudian masukkan ikan dan daun limau purut, kecilkan api dan biarkan ianya mendidih secara perlahan-lahan.
6. Sedia untuk dihidangkan
 
   
 

back

   
   
 
  Home | Contact Us | Faq | Site Map
Copyright © 2000 - 2008 Adabi Consumer Industries Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Click here for Legal/Privacy Policy applicable to this site.