HOME  
   
  RECIPES

 
Acar Rempah

Bahan-bahan :
2 kg timum
Air kapur atau air garam
4 biji teh ketumbar
1 sudu teh lada manis
1 sudu teh jintan putih  
1 sudu teh jintan manis
1 sm kunyit hidup  
4 biji bawang merah  
2 ulas bawang putih  
1/2 sm halia   
Udang kering | direndam sebentar dan ditumbuk kasar sahaja.
1 biji kelapa | goreng dijadikan kerisik (digiling)
4 biji Asam Jawa Adabi.
Sedikit garam dan Serbuk Perasa MSG Adabi.
Gula secukup rasa.

Cara Memasak :
1. Rempah direndam dengan air panas sebelum digiling. 
2. Bahan-bahan sayur seperti timun, lada hijau, bawang besar dipotong ikut suka, kemudian timun direndam dengan air kapur/air garam.
3. Bahan yang sudah digiling dicampur dengan kerisik dan digaul rata.
4. Panaskan kuali, masukkan bawang yang sudah dihiris dan goreng hingga kekuningan, kemudian masukkan rempah giling tadi dan goreng sehingga garing, masukkan udang kering, asam jawa, garam serbuk perasa dan sedikit gula pasir.
5. Setelah mendidih masukkan bahan sayuran tadi, balik-balikkan dan kemudiannya diangkat untuk dihidangkan.
 
   
 

back

   
   
 
  Home | Contact Us | Faq | Site Map
Copyright © 2000 - 2008 Adabi Consumer Industries Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Click here for Legal/Privacy Policy applicable to this site.