HOME  
   
  NEWS

ADABI SASAR JUALAN RM1 JUTA SEBULAN
Jumaat, 12 Feb 2010
Harian Metro


ADABI Consumer Industries Sdn Bhd (Adabi), yakin produk terbaru keluarannya, Kopi Adabi yang dilancarkan sejak Ogos tahun lalu mampu mencapai jualan RM1 juta sebulan menerusi pelancaran Van Promosi Kopi Adabi (VPKA) di seluruh negara.

Pengurus Pemasarannya, Adrian Roslan, berkata pihaknya memperuntukkan RM1.5 juta bagi 14 unit VPKA yang sudah bergerak di setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak dengan tumpuan kepada restoran, kafe serta rangkaian kedai minuman di seluruh negara.

Menurutnya, langkah itu adalah komitmen secara langsung Adabi bagi memastikan produk terbabit tiba kepada khalayak sasaran, sekali gus memberi banyak pilihan untuk orang ramai.

"Kami percaya dengan van promosi ini, ia akan membantu Kopi Adabi mencapai sasaran jualan bulanan lebih tinggi serta dipasarkan lebih meluas kerana kakitangan akan diberi latihan insentif mengenai produk itu.

"Malah, setiap pengedar akan memperoleh seunit VPKA dengan imej Kopi Adabi dan bagi van jualan, mereka akan bergerak di 30 restoran setiap hari," katanya pada majlis pelancaran Van Promosi Kopi Adabi di Rawang.

Hadir sama, Presiden Adabi, Abdul Hady Zabil dan Pengurus Pembangunan Pengedaran Kumpulan Adabi, Syed Mahadzir Syed Manshor.

Adrian berkata, pihaknya menyasarkan dalam tempoh enam bulan, VPKA akan bergerak membuat promosi di lebih 10,000 restoran seluruh negara.

Menurutnya, dengan produk Kopi Adabi, syarikat menjangkakan menyumbang lima peratus daripada jumlah keseluruhan jualan Adabi dalam sebulan.

Beliau berkata, pada tahun ini, Adabi juga akan mengeluarkan tiga lagi produk baru yang sudah melalui proses penyelidikan dan memenuhi keinginan pengguna.
 

 

 

 

 



 
   
   
   
 
  Home | Contact Us | Faq | Site Map
Copyright © 2000 - 2008 Adabi Consumer Industries Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Click here for Legal/Privacy Policy applicable to this site.