| |
|
 |
| |
NEWS
ADABI SASAR RM100,000
Khamis, 20 Ogos 2009
Berita Harian
RAWANG: Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (Adabi)
mensasarkan penjanaan keuntungan RM100,000 pada tahun pertama
bagi jualan lima produk baru syarikat itu yang dilancarkan serta
turut mengunjurkan keuntungan meningkat kepada RM500,000 pada
tahun berikutnya.
Lima produk baru terbabit adalah Kopi Adabi, makanan
dalam tin; Sardin Adabi, Jagung Manis Adabi dengan dua variasi
iaitu Jagung Manis ala Krim dan Jagung Manis Kernal, Garam Adabi
dan tiga variasi baru Serbuk Nasi Goreng Adabi iaitu Serbuk Nasi
Goreng Ikan Bilis, Serbuk Nasi Goreng Ayam dan Serbuk Nasi
Goreng Tom Yam.
Pengarah Urusan Adabi Datuk Syed Manshor Syed Mahmood,
berkata bagi membantu mencapai sasaran berkenaan, Adabi
memperuntukkan anggaran pelaburan RM5 juta untuk memperkenalkan
produk berkenaan kepada pengguna seluruh negara.
Katanya, produk baru itu diyakini berupaya membantu
menambah lima peratus kepada jualan keseluruhan barangan
syarikat tahun ini, seterusnya menjana lebih banyak keuntungan
daripadanya.
"Prestasi syarikat tidak terjejas walaupun negara
dilanda kemerosotan ekonomi global berikutan sehingga separuh
pertama tahun ini syarikat mencatatkan jualan RM50 juta bagi
keseluruhan produk syarikat dengan sasaran anggaran keuntungan
tahun ini adalah RM110 juta.
"Justeru, dengan pengenalan beberapa produk ini, Adabi
dijangka berjaya meningkatkan hasil pendapatan selain
menambahkan lagi produk mudah guna kepada pengguna tempatan,"
katanya pada pelancaran lima produk baru itu.
Syed Manshor berkata, tumpuan diberikan kepada produk
kopi berikutan nilai pasaranya secara keseluruhan di Malaysia
adalah berjumlah RM750 juta setahun, manakala nilai pasaran kopi
herba adalah sebanyak RM250 juta setahun.
"Kita jangkakan dapat menguasai 10 hingga 15 peratus
pasaran produk itu di Malaysia, sekali gus menandingi jualan
produk saingan dari jenama lain. Sementara, anggaran penjanaan
keuntungan tahun pertama bagi serbuk nasi goreng variasi baru
ini adalah RM6 juta, manakala Sardin Adabi, RM1 juta.
"Syarikat juga merancang mengeksport semua produk baru
berkenaan ke negara jiran seperti Vietnam dan Kemboja dalam
tempoh tiga tahun lagi berikutan potensi saiz pasaran yang luas
dan cita rasa hampir sama,"katanya.
Kopi Adabi adalah kopi campuran lima dalam satu yang
turut mengandungi ekstrak tongkat ali dan cordyceps dan dijual
pada harga RM16.50 bagi bungkusan mengandungi 20 unit bersaiz 25
gram setiap satu, variasi Serbuk Nasi Goreng Adabi pula dijual
pada harga 70 sen seunit.
Sardin Adabi (RM4.50/425 gram dan RM2.20/155 gram),
Jagung Manis ala Krim Adabi (RM2.30 setin), Jagung Manis Kernel
Adabi (RM2.40) dam Garam Adabi (70 sen/400 gram).
|
|
|