| |
|
 |
| |
NEWS
GOLF JEMPUTAN ADABI-BH
Selasa, 21 April 2009
Harian Metro
SERAMAI 40 pegawai kanan dan kakitangan Adabi Consumer Industries Sdn Bhd
(Adabi) dan Kumpulan The New Straits Times Press Malaysia Berhad (NSTP)
mengambil bahagian dalam Pertandingan Golf Jemputan Adabi - Berita Harian
di Tasik Puteri Golf & Country Resort, Rawang, Selangor, Ahad lalu.
Pertandingan julung kali diadakan itu sempena sambutan Jubli Emas Adabi
bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara pegawai kanan dan
kakitangan kedua-dua syarikat berkenaan.
Antara yang mengambil bahagian termasuk Ketua Pegawai Eksekutif
Kumpulan NSTP, Datuk Anthony Firdauz Bujang; Ketua Pengarang Kumpulan
NSTP, Datuk Hishamuddin Aun; Pengarah Urusan Adabi, Datuk Syed Manshor
Syed Mahmood; Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Manja
Ismail; Pengarang Eksekutif Harian Metro/ Metro Ahad, Abdul Ghafar
Ismail; Pengarah Komunikasi Korporat Adabi, Syed Kamaluddin Syed
Mahmood dan Presiden Adabi, Abdul Hady Zabil.
Sempena pertandingan itu, turut diadakan demonstrasi masakan nasi
goreng dan cucur oleh Pengurus Promosi dan Perhubungan Awam Adabi, Chef
Raman Abu Samah.
Pemenang menerima barangan elektrik dan hamper pelbagai produk Adabi.
| |
KENANGAN...
semua peserta pertandingan bergambar kenangan. |
|
|
|
|