| |
|
 |
| |
NEWS
ISMAIL JUARA SENANG MENANG ADABI
Selasa, 26 Mei 2009
Berita Harian
RAWANG: Slogan 'Kebersihannya lambang kemegahan, kepelbagaian
guna menjadi pilihan, bakteria dibasmi satu kelebihan menjadikan
masakan satu perubahan' melayakkan Ismail Abdullah, 52,
memenangi hadiah utama Peraduan Senang Menang dengan Adabi yang
menawarkan pakej percutian ke Baijing, China.
Selain pakej pelancongan untuk dua orang, peserta dari Semenyih,
Selangor itu turut membawa pulang wang tunai RM800, peralatan dapur
dari Kinowell bernilai RM2,000 serta hamper produk Adabi bernilai
RM100 dalam peraduan anjuran Adabi Consumer Industries Sdn Bhd
(Adabi).
Tempat pertama disandang Mohd Faez Mokhtar, 30, dari Permas Jaya,
Johor yang menerima pakej percutian ke Jakarta, Puncak dan Bandung;
dapur Kinowell bernilai RM1,200; wang tunai RM600 dan hamper Adabi
manakala Naib Juara dimenangi Anniss Fadzreen Mohd Radzid, 23, dari
Seremban, Negeri Sembilan yang menerima pakej percutian ke Bali, dapur
Kinowell berharga RM1,200 dan wang tunai RM500.
Tempat ketiga disandang suri rumah, Teng Sook Eng, 50 dari Seri Petaling,
Kuala Lumpur yang membawa pulang pakej percutian ke Pulau Tioman, wang
tunai RM400, barangan Kinowell bernilai RM200 dan hamper Adabi bernilai RM50.
Hadiah disampaikan Presiden Adabi, Abdul Hady Zabil pada satu majlis yang
diadakan di kilang Adabi, di sini, baru-baru ini.
Abdul Hady berkata, penganjuran peraduan itu adalah antara usaha menghargai
kesetiaan pengguna malah akan diteruskan pada masa depan.
"Kita menerima kira-kira 6,000 penyertaan dari pelbagai lapisan masyarakat
sejak pertandingan ini diadakan bermula Oktober tahun lalu sehingga tarikh tutup
penyertaan pada Januari lalu.
"Ini menunjukkan produk Adabi digunakan secara meluas di negara ini tanpa
mengira bangsa," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Hady berkata, pihaknya akan menghasilkan
pelbagai produk baru di masa depan antaranya kopi herba tongkat Ali dan Cordyceps
dalam masa terdekat selain produk makanan dalam tin.
|
| |