HOME  
   
  NEWS

ADABI BANTU MANGSA BANJIR
21 October 2003
Berita Harian


Sungai Petani : Penderitaan mangsa banjir di kawasan utama baru-baru ini terus mendapat simpati daripada pelbagai pihak yang tampil menghulur bantuan kepada mereka.

Terbaru, syarikat Bumiputera yang mengeluarkan pelbagai produk makanan dan rempah ratus, Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kedah dan Pulau Pinang.

Pegawai Perhubungan Awan dan Promosi Adabi, Chef Raman Abu Samah berkata syarikat ini bersimpati dengan nasib mangsa banjir.

Katanya walaupun bantuan yang diberikan tidak seberapa tetapi ia diharap meringankan mangsa.

“Bantuan yang kami beri adalah pelbagai produk makanan keluaran Adabi yang berjumlah RM25,000 dan diagihkan kepada mangsa banjir di beberapa kampung sekitar Seberang Prai Utara dan Kedah.

“Antara kampung yang menerima bantuan ialah Kampung Rantau Panjang, Kuala Muda dekat Kepala Batas, Seberang Prai Utara, Kuala Ketil, Alor Mengkudu dan Pendang, Kedah katanya pada majlis penyerahan bantuan di dewan orang ramai Kampung Rantau Panjang, Kepala Batas, semalam.

Raman berkata, semua bantuan itu akan disalurkan melalui wakil penduduk kampung yang terbabit dengan yang kemudian diagihkan kepada mangsa yang terbabit.

 
   
   
   
 
  Home | Contact Us | Faq | Site Map
Copyright © 2000 - 2008 Adabi Consumer Industries Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Click here for Legal/Privacy Policy applicable to this site.