HOME  
   
  NEWS

BADANG JORAN DI ROMPIN
19 September 2003
Berita Harian


PERTANDINGAN memancing GP Joran 2003/04 khususnya bagi kategori Laut Dalam makin meriah adabila Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. (Adabi) memperkenalkan hadiah khas Badang Joran, bermula di Rompin, Pahang minggu depan.

Badang Joran adalah anugerah khas yang memberikan kepada pemancing yang berjaya menaikkan ikan paling berat dalam pertanding itu. Bagaimanapun, ikan yang ditimbang tertakluk kepada peraturan pertandingan yang disediakan penganjur.

Antara lain peraturan itu melarang spesies yang hampir pupus iaitu layaran dan marlin serta keluarga yu daripada dipancing peserta.

Pengumuman mengenai anugerah Badang Joran dilakukan Pengurus Promosi dan Perhubungan Awam Adabi, Chef Raman Abu Samah, pada majlis penyerahan tajaan GP Joran di pejabatnya di Rawang, Selangor, baru-baru ini.

“Ada ketikanya, pemancing menaikkan ikan terberat tetapi gagal menempatkan diri di kalangan 20 pemenang hadiah. Ini kerana mereka menaikkan ikan tidak bersisik yang diberi 5 mata bagi satu kilogram.

“Mereka (pemancing) sukar bersaing dengan peserta lain yang menaikkan ikan bersisik. Justeru dengan anugerah ini, sekurang-kurangnya penat lelah pemancing berbaloi,” katanya.

Badang Joran menyediakan hadiah wang tunai RM300 yang akan disampaikan pada majlis penutup dan penyampaian hadiah di pekarangan Lanjut Golden Beach Resort (LGBR).

 
   
   
   
 
  Home | Contact Us | Faq | Site Map
Copyright © 2000 - 2008 Adabi Consumer Industries Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Click here for Legal/Privacy Policy applicable to this site.