| |
|
 |
| |
NEWS
PENAJA TAMBAH SERI GP JORAN
19 September 2003
Berita Harian
PERTANDING memancing GP Joran 2003/04 pusingan ke empat di Lanjut
Golden Beach Resort (LGBR), Rompin, Pahang pada 27 dan 28 September
ini terus meriah dengan pelbagai hadiah daripada penaja.
Nestle Products mendahului senarai penaja apabila menyerahkan
45 hamper, mi cawan Maggi perencah ayam dan hari-hari favourites
untuk 2,000 peserta. Ia adalah sebahagian daripada pakej penajaan
syarikat itu bernilai lebih RM18,000 kepada Berita Harian Sdn
Bhd bagi menjayakan GP Joran 2003/04.
Sumbangan disampaikan Penolong
Pegawai Penajaan Nestle, Hamidah Othman kepada Eksekutif
Acara Berita Harian Sdn Bhd, Zainuddin Ismail.
Pada majlis sama Pengurus Penajaan Nestle, Yang Kalsom
Omar, turut menyerahkan tajaan hadiah Minah Joran berupa
wang tunai RM200 dan hamper kepada Zainuddin.
Sebagai tambahan, Nestle yang juga penaja utama GP Joran
sejak tujuh tahun lalu, turut menaja 200 beg beli belah
untuk pertandingan kali ini.
Beg itu akan diberikan kepada 200 peserta wanita
|
|
 |
yang mengambil bahagian dalam kedua-dua kategori yang dipertandingkan.
“Tambahan penaja ini dibuat bagi menarik golongan wanita menyertai
pertandingan ini. Sejak tujuh tahun lalu, GP Joran dimonopoli
pemancing lelaki dan kini tibalah masanya untuk pemancing wanita
menunjukkan kemahiran mereka.
“Saya harap penaja ini akan menarik minat pemancing wanita supaya
mengambil bahagian ,” kata Hamidah.
Adabi Consumer Industries Sdn
Bhd turut menyerahkan tajaan 50 hamper dan pelbagai barangan
untuk beg cendera hati untuk 2,000 peserta. Sumbangan disampaikan
Pengurus Promosi dan Perhubungan Awam Adabi, Chef Raman Abu
Samah, kepada Zainuddin.
Ia juga sebahagian dari pakej Adabi bernilai lebih RM80,000
kepada Berita Harian bagi menjayakan GP Joran tahun ini.
Sementara itu, Power Roots Marketing Sdn Bhd (Power Roots) menyerahkan
tajaan berupa 20 unit hamper mengandungi barangan Power Roots
dan 3,000 sachet Kopi Tongkat Ali Ginseng Café bernilai lebih
RM5,000.
Penyerahan penajaan itu disampaikan Eksekutif Pemasaran Power
Roots, Raymond Loong Foo Sin kepada Eksekutif Kewangan dan Pentadbiran
Unit Joran Berita Harian, Esa Abdullah.
Raymond berkata, produk lain yang dikeluarkan oleh Power Roots
ialah minuman Kurma Madu Tongkat Ali, Peart Kacip Fatimah (untuk
wanita) dan Power Roots Extra Tongkat Ali Ginseng. Semua minuman
itu boleh diperoleh di pasar raya atau stesen minyak di seluruh
Lembah Kelang.
|
|
|
| |
|