| |
|
 |
| |
NEWS
XPDC MERDEKA TERIMA JALUR GEMILANG
31 August 2003
Berita Harian
SEKRETARIAT XPDC Merdeka menerima 1,000 bendera jalur gemilang
daripada Jabatan Perpaduan Negara untuk dikibarkan di majlis
pelepasan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian & Perlancongan,
Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir pada 6 September 2003.
Pengarah Projek XPDC Merdeka, Zulkifli Wahab berkata semua bendera
itu akan dilekatkan pada 46 buah kereta yang menyertai XPDC
Merdeka Kuala Lumpur – Alor Star.
“Saya wakil secretariat XPDC Merdeka mengucapkan terima kasih
kepada Jabatan Perpaduan Negara atas sumbangan tersebut.
“Ia adalah satu komitmen yang besar ertinya kepada kami dalam
usaha menjayakan projek ini sempena Hari Kemerdekaan ke-46,”
ujarnya.
XPDC Merdeka juga mendapat tajaan sarapan pagi sebanyak 250
kotak burger bernilai RM5,000 daripada BURGER KING pada hari
pelepasan tersebut.
“Serentak dengan pelepasan itu, BURGER KING turut mengadakan
majlis perasmian restoran segera di Petropam PETRONAS Gombak.
Sementara itu, XPDC Merdeka menerima sumbangan berupa hamper
produk makanan keluaran ADABI bernilai RM6,000 daripada Adabi
Consumer Industries Sdn Bhd.
Produk ADABI akan dijadikan hadiah bagi beberapa aktiviti XPDC
Merdeka di Alor Star, Kedah pada 6 hingga 8 September ini.
Dalam perkembangan lain, Pemuda UMNO Malaysia menyumbangkan
RM2,000 kepada sebuah asrama anak-anak yatim di Alor Star, Kedah.
Sumbangan ini merupakan satu usaha XPDC Merdeka dan Pemuda UMNO
membantu mereka yang tidak bernasib baik semperna hari kemerdekaan
ini.
|
|
|
| |
|